Cahaya (Light) seolah bentuk "Dishcover"?
Kisah Misteri Bukit Panau yang bercahaya seperti tudung saji (Dishcover). Tudung Sajian dalam masyarakat Melayu adalah penutup makanan supaya terhindar daripada serangga, binatang, mahupun makhluk jin dan setan. Betapa penting sekali orang Melayu di dalam menjaga keadaan makanan mereka supaya terhindar daripada terdedah secara zahir dan batin. Supaya dapat menghindari daripada sebarang unsur-unsur negatif yang datang daripada makanan dan pengaruh luar.
Lokasi Bukit Panau adalah berhampiran dengan Tanah Merah, berhampiran dengan Danau Tok Uban, Pasir Mas di negeri Kelantan. Antara salah satu kawasan yang menjadi cerita bualan orang dahulu mengenai Bukit Panau mengeluarkan cahaya seperti tudung saji (dishcover) itu. Lokasi Bukit Panau juga berhampiran dengan sungai Kelantan. Oleh itu, sungai Kelantan merupakan salah satu tempat bersejarah kerana pernah menjadi tempat para pedagang berulang-alik menjual pelbagai barangan.
Bukit Panau juga menjadi tempat orang ramai berlindung ketika banjir besar melanda negeri Kelantan yang disebut oleh orang tempatan sebagai "Bah Merah" atau "Banjir Merah" (Red Flood). Disitulah antara tempat yang tidak dinaiki air ketika banjir besar melanda Kelantan. Oleh kerana, air banjir ketika itu berwarna kemerah-merahan menyebabkan orang kampung menggelarkannya sebagai "Bah Merah" atau "Boh Meroh" secara dialek orang Kelantan yang aslinya. Dan setelah itu pula banjir kuning (Yellow Flood) yang melanda negeri Kelantan pada tahun 2014 tidak lama dahulu.
Namun begitu, dipuncak Bukit Panau dahulunya menjadi lokasi utama orang lama Melayu untuk bertapa atau bersuluk bagi tujuan memperkuatkan diri samada untuk kegunaan tertentu seperti kemahiran silat dan sebagainya. Dan dikatakan terdapat juga orang Cina yang bersembahyang disitu untuk tujuan tertentu mengikut kepercayaan mereka. Walaubagaimana pun, tempat ini terdapat gua dan kubur lama yang tidak bernama di atas puncak Bukit Panau sehingga sekarang masih wujud.