Thursday, December 6, 2018

Maneki Neko Asal Cina Ke Jepun?

Kalau pergi kedai Cina biasa kita bolehlah tengok patung kucing melambai-lambaikan tangan yang warna emas / putih biasanya!




Maneki Neko

Kenapa kaum Cina percaya dengan patung yang mengarut ini? Boleh menjemput rezeki atau keuntungan barangkali? Padahal ianya suatu kepercayaan masyarakat Jepun dulu dan patung Maneki Neko dikenal pasti telah wujud bermula pada Zaman Edo abad ke-17. Kenapa kaum Cina boleh mempercayainya tanpa merasa bersalah langsung terhadap kepercayaan turun temurun mereka dahulu?

Sehinggakan ada orang tertukar samada patung "Maneki Neko" asal Cina ke Jepun. Oleh kerana, ia juga dikenali sebagai patung kucing bertuah (Lucky cat) oleh kaum Cina dan mereka juga turut memakai patung itu walau ianya dipercayai berasal dari Jepun.

Sebab utama kerana kaum Cina menjual patung kucing tersebut maka ianya lebih dikenali kucing bertuah Cina. Ini kerana kaum Cina telah monopoli pasaran dan industri pembuatan. Patung Maneki Neko boleh di dapati dekat Chinatown atau pasar malam Cina di UK kerana terdapat komuniti Cina di sana yang menjual produk dari negara asal mereka. Dan senang di dapati dekat Chinatown seluruh dunia masa kini.




Kebiasaan patung "Maneki Neko" diletakkan di depan pintu kedai atau dekat depan kedai sebagai penyambut, pembawa tuah khusus untuk peniaga kedai kecil yang menjadi satu fenomena kepada mereka yang percayanya.

Oleh kerana, haiwan seperti kucing adalah di dalam kepercayaan masyarakat Jepun sebagai haiwan yang mistik dan keramat.






Maneki Neko juga ada kaitan dengan dewa matahari yang bernama Amaterasu dalam kepercayaan masyarakat Jepun khususnya. Konsep ini dilihat agama celupan daripada agama Majusi dari Parsi. Dalam masyarakat Parsi mereka percaya kepada Dewa Ashura Mazda yang mewakili dewa sang matahari. 

Maneki Neko juga dikenali sebagai kucing emas (Golden Cat) dan kucing pengundang (Beckoning Cat). Ianya menjadi suatu trend kaum Cina masa kini di Malaysia menggunakan khidmat dewa kucing sebagai pelaris kedai mereka. Boleh dilihat dikawasan pasar Cina seperti Low-Yat, KL dan sebagainya.






Sebagaimana kita sedia maklum terdapat komplot pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab oleh Abu Luk-Luk yang beragama Majusi suatu ketika dahulu. Ini berkaitan kaum Cina, Jepun dan pengaruh Majusi. Walau bagaimana pun, dalam agama Islam kucing merupakan binatang kesukaan para Nabi dan Sahabat.










No comments:

Post a Comment